mcmc
Maklumat Setempat

MAKLUMAT PUSAT INTERNET PPR SIMPANG PERDANA

 

Pusat Internet adalah satu inisiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan usahasama Telekom Malaysia (TM). Projek Pusat Internet Fasa Urban ini dibangunkan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), di pinggir bandar bagi menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar kepada penduduk tempatan.

Pemilihan lokasi Pusat Internet adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri.

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan. Pusat Internet turut memberi pendedahan asas dalam ICT serta membantu masyarakat setempat dalam penggunaan kemudahan yang disediakan.

Penggunaan Pusat Internet adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.Belia,remaja,golongan wanita,warga emas dan golongan usahawan juga adalah antara golongan yang memerlukan perkhidmatan ICT dalam kehidupan seharian.Oleh itu, program yang bersesuaian di atur bagi memenuhi keperluan setiap golongan.

Pengguna juga digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.