|
Tujuan
Kelas Microsoft Office Word ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara-cara untuk membuat karangan jenis laporan melalui microsoft word. Peserta dapat mempelajari dan menimba ilmu baharu menggunakan microsoft word dimana sebelum ini peserta hanya membuat karangan menggunakan tulisan tangan.
Aktiviti
Kelas ini dihadiri seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai karangan laporan kepada peserta. Seterusnya peserta diberi tajuk oleh petugas mengenai laporan yang perlu dibuat.