Utama
Dua lagi kluster #COVID19 telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster BBIM di Kluang dan Kluster Tabligh Makasar di Sabah. Ini menjadikan sebanyak 11 kluster telah tamat setakat ini selepas tiada kes baharu dalam tempoh sekurang-kurangnya 28 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr @DGHisham menekankan kepentingan untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh kerajaan. #kitamestimenang#putuskanrantaian
Norma baharu petugas kesihatan. ✅ Sentiasa peka maklumat berkaitan COVID-19✅ Amalkan jarak sosial apabila tidak merawat pesakit✅ Pakai alat pelindung seperti yang disarankan✅ Dapatkan penilaian kesihatan jika didapati tidak sihat atau mengesyaki terdedah kepada pesakit atau kontak pesakit COVID-19. […]
Anda menghidap Diabetes? Ikut tip pemakanan Tok Ayah semasa Ramadan. #KitaTeguhKitaMenang#sihatmilikku#walkthetalk
Kadar kesembuhan bagi statistik COVID-19 dunia hari ini ialah 35.52% atau 1,540,464 kes, kenaikan sebanyak 0.66% berbanding semalam iaitu 34.86%. Bagi kadar kematian dunia pada hari ini ialah 6.83% atau 296,252 kes, penurunan sebanyak 0.02% berbanding semalam 6.85%.
Elakkan diri daripada terlibat dengan sebarang bentuk perhimpunan sebagai Normal Baharu kehidupan seharian. #COVID19#StayAtHome#MovementControlOrder#PerintahKawalanPergerakan#KitaMestiMenang Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia
Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya (JPVP): Orang ramai tidak perlu panik atau bimbang dengan berita tular di media sosial mendakwa ayam yang dibeli di pasar raya menjadi `ejen’ pembawa virus Covid-19 dan boleh membahayakan nyawa. Ayam ternakan tidak […]
Kerajaan telah menubuhkan satu pasukan petugas khas (Special Task Force) yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini melalui lorong tikus. Pasukan ini turut dianggotai oleh semua agensi […]


