Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet PPR Simpang Perdana Taiping

Projek Pusat Internet adalah projek Fasa 7 (Urban Poor Phase) iaitu PPR Simpang Perdana Taiping dibangunkan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), pinggir bandar bagi menyediakan kemudahan komputer dan perkhidmatan jalur lebar kepada penduduk tempatan.

Ianya terletak di Batu 2 ½, Jalan Simpang, 34000 Taiping Perak. Pusat ini mula dibina pada bulan Julai 2015 atas persetujuan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK Perak). Pembinaan mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk disiapkan dan mula beroperasi pada 15 September 2015.

Pusat Internet ini terletak di aras bawah bangunan PPR Simpang Perdana iaitu di bahagian belakang Tadika PPR Simpang Perdana.