| Tarikh : | 20 Februari 2025 |
| Masa : | 8.30pg – 10.30pg |
| Lokasi : | SK Kampung Jambu |
| Peserta : | Pelajar sekolah |
Pihak Nadi LMS telah hadir di SK Kampung Jambu untuk memberikan taklimat tentang Perkhidmatan Pintar dan program NADI X Kesedaran iaitu Safe & Shield.
Program ini bertujuan memberi kesedaran serta pendedahan tentang etika penggunaan internet dengan lebih selamat. Selain itu Pihak NADI turut mempromosikan Perkhidmatan Pintar NADI serta kelebihan menjadi ahli NADI. Selain itu, petugas NADI LMS juga telah melakukan saringan kesihatan percuma kepada guru-guru ketika taklimat berlangsung.